Kenali Covid 19 : Simptom & Pencegahan
25 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2021, Pusat Internet Batu Gajah bersama PIK Lawang dan PIK Karangan telah mengadakan sesi live tentang Kenali Covid 19 : Simptom & Pencegahan. Ianya bertujuan untuk membincangkan berkaitan penularan Covid 19 yang semakin meningkat. Dalam sesi ini, staff telah menceritakan tentang sejarah virus ini yang bermula di Wuhan, China pada tahun 2019. Selain itu, virus ini juga mempunyai simptom-simptom awal seperti suhu badan menjadi tinggi, masalah pernafasan, demam dan lain-lain.
Sekiranya seseorang individu terkena simptom-simptom ini, ianya perlulah mendapatkan nasihat daripada pihak Jabatan Kesihatan untuk mencegah daripada berlaku penularan. Bagi mencegah penularan, masyarakat perlu mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti sentiasa memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan, tidak bersentuhan dengan individu lain dan mengelakkan ke tempat-tempat yang sesak atau ramai orang. Hal ini kerana, virus ini boleh merebak melalui sentuhan dan juga melalui udara. Oleh itu, masyarakat disarankan untuk sentiasa menggunakan pelitup muka bagi mencegah virus Covid 19.
Di samping itu, pihak kerajaan juga telah mengadakan pelbagai usaha lain untuk mengekang penyularan virus ini seperti melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengawal pergerakan masyarakat. Masyarakat disarankan untuk duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting. Diakhir sesi ini, pihak PIK menyeru semua masyarakat untuk sama-sama mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk mencegah penularan virus Covid 19. Hal ini kerana, Virus ini telah mendatangkan pelbagai kesan besar kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya dalam aspek ekonomi. Banyak aktiviti ekonomi yang terpaksa dihentikan dan dikurangkan tempoh beroperasi untuk mengawal pergerakan masyarakat bagi mencegah Covid 19. Diharapkan kita dapat bersama-sama mematuhi SOP agar negara kita dapat kembali seperti sediakala.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: