Panduan Memulakan Perniagaan di Shopee
25 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Batu Gajah telah menyertai Kelas Panduan Memulakan Perniagaan di Shopee. Sesi ini turut disertai oleh beberapa PIK lain seperti Manek Urai, Chucuh Puteri, Karangan, dan Tendong. Kelas Shopee dikendalikan oleh PIK Tok La secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada usahawan untuk terus maju dalam perniagaan mereka dengan memasarkan produk di laman Shopee.
Selain itu, kelas online juga untuk mengajar para usahawan berkaitan dengan pemasaran produk menggunakan laman shopee dan melahirkan usahawan yang menjadikan Shopee sebagai platform memasarkan produk. Antara Kelebihan aktiviti adalah dapat melahirkan golongan usahawan yang mengikuti perkembangan teknologi terkini yang mana semua usahawan digalakkan berniaga secara dalam talian memandangkan Malaysia sekarang ini dilanda Covid-19. Pengisian kelas ini berkaitan pendedahan mengenai Shopee sehingga usahawan dapat memasarkan produk mereka dalam laman Shopee. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para usahawan desa untuk memperluaskan pasaran produk secara online seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: