KDB-Risiko Belian Dalam Talian
6 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 5 Oktober 2021, PIK Batu Gajah telah menyertai satu Live Bersama PIK Repek Kerjasama PIK Lawang dan PIK Karangan dalam satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak dengan topik ‘Risiko Belian Dalam Talian’ ekoran pembelian atas talian masa kini sudah menjadi trend dan satu keperluan tidak kira peringkat umur dalam cabaran pendamik masa kini.Dalam perkongsian tersebut pihak Pik berkongsi antara risiko yang perlu diketahui sekiranya tidak pandai menguruskan pembelian dalam talian.
Pelbagai risiko yang memberi kesan negative kepada individu seprti risiko keselamtan,kewangan,privasi dan sebagainya.Jika tidak dibendung juga boleh menyebabkan masalah ketagihan belian secara online sehingga membeli barangan yang tidak berfaedah dan tidak perlu.Seharusnya kita perlu menjadi pengguna yang bijak apabila menggunakan internet lebih lagi dalam cabaran pendemik masa kini kita perlu lebih berjimat dalam berbelanja. Walaubagimanapun pihak PIK tetap memberikan beberapa langkah dan tips bagi mengatasai masalah pembelian dalam talian yang boleh menyebabkan pelbagai risiko negative kepada individu.
Oleh itu,pihak PIK menekankan bahawa semua pihak haruslah memainkan peranan dalam perkembangan teknologi masa kini agar ia memberi manfaat kepada pengguna dan bukan sebaliknya. Jadi,kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dan pengguna yang bermotivasi dalam apa jua perkembangan teknologi masa kini. Pihak PIK Batu Gajah sangat berharap para komuniti setempat untuk mempelajari ilmu ICT secara bijak dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini pihak PIK Batu Gajah di Facebook PIK Batu Gajah agar ilmu-ilmu ICT dan lain-lain maklumat yang disampaikan dapat diketahui komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: