Perkongsian : Power Point VS APPs VS Live.Mana Pilihan Anda?
10 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 09 Ogos 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan satu perkongsian ICT “Power Point VS Apps VS Live.Mana Pilihan Anda?” .Perkongsian tersebut dikongsikan melalui Streamyard Live PIK Batu Gajah dan turut disertai oleh PIK Repek,PIK Karangan dan PIK Lawang dan dikelolakan oleh Pengurus PIK Batu Gajah Cik Hanani.Dalam perkongsian tersebut Cik Hanani memberi penerangan berkaitan penggunaan Power Point,Applikasi Telefon dan penggunaan secara live dalam mempromosikan produk,dijadikan sebagai pembelajaran seperti Presentation bagi pelajar atau menghasilkan video lebih kreatif.Dalam pendedahan tersebut dapat dilihat konsep persembahannya adalah sama sahaja tetapi berbeza penggunaan yang boleh kita pilih berdasarkan kesesusaian diri sendiri.
Pihak PIK turut menunjukkan cara-cara membuat video presentation yang boleh para pelajar guna melalui ketiga-tiga pilihan tersebut iaitu menggunakan power point,applikasi telefon iaitu Xrecorder untuk telefon dan Screencatify untuk laptop dan secara live.Pengkongsian tersebut juga sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang masih baru dalam dunia penyiaran atau kurang keyakinan dalam bercakap agar lebih yakin sebelum bercakap secara spontan melalui perkongsian penggunaan applikasi yang dikongsikan.Pihak PIK sangat berharap agar komuniti setempat dapat mempelajari dan mempraktiskan apa yang diajar dan dikongsi dari Pusat Internet Komuniti walaupun secara atas talian agar mampu melahirkan komuniti yang sentiasa intelek atau berinovasi tinggi dalam dunia ICT.Perkongsian ringkas ini juga mampu mengisi kelapangan masyarakat setempat dengan perkara-perkara yang bermanfaat selain dapat menjana pendapatan seseorang individu. Pihak PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK apabila dapat menggunakan PIK kelak bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: