Panduan Asas Memulakan Perniagaan Online
11 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2021, PIK Batu Gajah telah memberi panduan asas kepada komuniti yang ingin memulakan perniagaan online. Komuniti tersebut telah menceritakan berkaitan produk dan perancangannya untuk memulakan perniagaan online. Hal ini kerana, beliau tertarik dengan kemampuan dan fungsi internet yang dilihat boleh membantu untuk menjana pendapatan dengan lebih baik berbanding perniagaan secara offline. Oleh yang demikian, dalam sesi taklimat ini, staff telah menerangkan berkaitan dengan aplikasi online seperti Whataps business, Facebook page dan laman Shopee yang boleh dimanfaatkan oleh para usahawan untuk membuat promosi produk.
Selain itu, komuniti juga turut didedahkan dengan panduan untuk membuat ayat-ayat promosi yang menarik seperti penggunaan ayat yang betul, pemilihan gambar yang menarik dan teknik-teknik untuk menarik perhatian pelanggan yang lain. Pihak PIK juga sangat mengalu-alukan komuniti yang berminat untuk mendapatkan panduan dan ingin menggunakan fasiliti PIK sebagai tempat untuk memulakan perniagaan secara online. Diharapkan agar perkongsian dan panduan ini dapat memberi manfaat kepada para komuniti untuk meningkatkan ekonomi melalui perniagaan online selaras dengan perkembangan internet semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: