Teknik Pemasaran Online Siri 3
21 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Febuari 2021, PIK Batu Gajah telah membuat sambungan teknik pemasaran online kepada usahawan desa yang ingin meningkatkan perniagaan online. Usahawan tersebut telah menjalani slot teknik pemasaran online siri 2 anjuran PIK Batu Gajah. Dalam sesi ketiga ini, staff PIK telah membuat pendedahan yang lebih mendalam dari sesi sebelumnya. Usahawan telah menunjukkan kemampuan untuk menghasilkan poster yang baik dan menunjukkan peningkatan dalam mengunakan facebook page untuk membuat promosi produk. Beliau menunjukkan minat yang sangat mendalam untuk mempelajari aplikasi pernigaan secara online kerana fungsi internet yang dilihat boleh membantu untuk menjana pendapatan dengan lebih baik berbanding perniagaan secara offline.
Oleh yang demikian, dalam sesi ini juga, staff telah menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan dengan aplikasi online seperti Whataps business, Facebook page dan laman Shopee yang boleh dimanfaatkan oleh para usahawan untuk membuat promosi produk. Selain itu, usahawan juga turut didedahkan dengan panduan untuk membuat ayat-ayat promosi yang menarik seperti penggunaan ayat yang betul, pemilihan gambar yang menarik dan teknik-teknik untuk menarik perhatian pelanggan yang lain. Pihak PIK juga sangat mengalu-alukan komuniti yang berminat untuk mendapatkan panduan dan ingin menggunakan fasiliti PIK sebagai tempat untuk memulakan perniagaan secara online. Diharapkan agar perkongsian dan panduan ini dapat memberi manfaat kepada para komuniti untuk meningkatkan ekonomi melalui perniagaan online selaras dengan perkembangan internet semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: