Latihan Tutorial Pelajar IPTA
25 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mei 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan satu sesi latihan tutorial pelajar IPTA bagi kerja kursus pelajar untuk dihantar kepada IPTA mereka.Latihan ini dikendalikan oleh Pengurus PIK Batu Gajah.Sesi latihan pertama ini di hadiri oleh adik Aima Nur Atiyah Munirah dari pelajar Universisti Putra Malaysia dalam jurusan Pendidikan Bimbingan Dan Kauseling. Dalam sesi latihan tersebut adik Munirah perlu membuat lakonan sedang berada dalam kelas dan mengajar pelajar-pelajar. Pengurus PIK Batu Gajah menyuruh adik Munirah memilih satu topik ringkas dari jurusannya untuk dijadikan topik pengajaran pada hari itu.
Sepanjang latihan tersebut Pengurus PIK bertanggungjawab dalam memberi pendapat dan teguran berdasarkan persembahan yang ditunjukkan adik Munirah. Dapat dilihat dalam sesi latihan tersebut adik Munirah seorang yang pemalu pada awalnya tetapi setelah pihak PIK Batu Gajah memberi keyakinan akan kebolehan yang ada pada adik Munirah video yang terbaik adalah pada rakaman ketiga.Sepanjang latihan juga adik Munirah sangat berterima kasih kepada pihak PIK Batu Gajah kerana memberi peluang menggunakan kemudahan yang ada di PIK untuk dia menyiapkan tugasannya dan turut memberi tunjuk ajar dalam menjadi seorang pendidik yang berkeyakinan tinggi. Diharapkan sesi latihan ringkas tersebut dapat memberi peluang lebih ramai pelajar IPTA menggunakan kemudahan PIK dan menjadikan PIK sebagai pusat pembelajaran kedua untuk mereka dalam cabaran pendemik C19. PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: