Kelas Asas ICT – Cara Membuat Palang Pada Sijil @ Dokumen
7 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 Oktober 2021, PIK Batu Gajah telah menyertai satu Live Bersama PIK Repek Kerjasama PIK Lawang dan PIK Karangan dalam satu sesi perkongsian ICT dengan topik cara edit palang pada pdf secara mudah. Kelas ini bertujuan untuk menambah ilmu kepada peserta dan penonton tentang cara mudah membuat palang berikutan sekarang ramai pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan berkemungkinan tidak mahir dalam membuat palang pada dokumen penting mereka. Perkongsian ini adalah mengenai cara untuk membuat dua garis palang pada dokumen penting sebelum di hantar pada mana-mana pihak untuk mengelakkan penyalahgunaan sijil atau dokumen tersebut.
Pada permulaan pengajar mengajar cara untuk membuat palang dalam Ms Power Point dan menukarkan ia kepada bentuk gambar dan kemudian membuka aplikasi dalam pelayar google untuk mengedit dokumen sijil dalam bentuk PDF iaitu aplikasi SEJDA (www.sejda.com). Aplikasi yang digunakan oleh pengajar ini sangat mudah dan cepat.Pihak PIK sentiasa mengambil pelbagai inisiatif untuk memberikan pelbagai input berguna kepada komuniti setempat agar ilmu ICT sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa.Topik pembelajaran ICT yang dikongsikan pihak PIK kali ini sangat berguna kerana ia nampak biasa dan remeh tetapi jika tiada ilmu pengetahuan ICT ia akan menjadi satu kerja yang susah untuk dibuat atau disiapkan.Jadilah komuniti yang sentiasa ada keinginan untuk sentiasa maju ke hadapan. Pihak PIK Batu Gajah sangat berharap para komuniti setempat untuk mempelajari ilmu ICT secara bijak dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini pihak PIK Batu Gajah di Facebook PIK Batu Gajah agar ilmu-ilmu ICT dan lain-lain maklumat yang disampaikan dapat diketahui komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: