Jom Kenali Shopee
30 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 29 Januari 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan kelas Jom Kenali Shopee secara online yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada usahawan untuk terus maju dalam perniagaan mereka dengan memasarkan produk di laman Shopee. Selain itu, kelas online juga untuk mengajar para usahawan berkaitan dengan pemasaran produk menggunakan laman shopee dan melahirkan usahawan yang menjadikan Shopee sebagai platform memasarkan produk.
Antara Kelebihan aktiviti adalah dapat melahirkan golongan usahawan yang mengikuti perkembangan teknologi terkini yang mana semua usahawan digalakkan berniaga secara dalam talian memandangkan Malaysia sekarang ini dilanda musim pandemik Covid-19. Pengisian kelas ini berkaitan pendedahan mengenai Shopee sehingga usahawan dapat memasarkan produk mereka dalam laman Shopee. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para usahawan desa untuk memperluaskan pasaran produk secara online seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: