Sesi Temubual Dato’ Sri Mustapa Mohamed Bersama PIK Daerah Jeli
21 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mei 2021, PIK Batu Gajah telah menyertai sesi temubual secara online bersama Dato’ Sri Mustapa Mohamed. Temubual ini telah berlangsung hampir 2 jam yang melibatkan semua staff dari PIK Daerah Jeli iaitu PIK Bukit Bunga, PIK Batu Melintang, PIK Lata Janggut, PIK Lawang, PIK Batu Gajah, PIK Ayer Lanas, PIK Kuala Balah, PIK Renyut, PIK Sungai Long dan PIK Kalai. Dalam sesi temubual ini, Dato’ Sri Mustapa Mohamed ingin mendapatkan perkembangan terkini berkaitan aktiviti yang dijalankan oleh PIK sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Beliau juga membincangkan mengenai perancangan untuk melaksanakan D’ Jeli Super Ads di daerah Jeli. Pelaksanaan aplikasi ini melibatkan kerjasama dengan syarikat Microsoft Malaysia dan akan memberi manfaat kepada golongan pelajar dan usahawan kerana ianya lebih menfokuskan kepada aspek pendidikan dan ekonomi. Selain itu, PIK juga diminta untuk menyediakan data pelajar dan usahawan yang aktif berkunjung ke PIK bagi menggunakan fasiliti untuk keperluan aktiviti masing-masing. Maklumat ini diperlukan sebagai persediaan untuk memudahkan pelaksanaan aplikasi ini. Di akhir sesi tersebut, Dato’ Sri Mustapa berharap agar staff PIK terus komited membantu komuniti yang memerlukan fasiliti internet untuk menjalankan pelbagai urusan terutamanya para pelajar dan usahawan desa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: