Tutorial Membuat Permohonan I-Citra
20 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan satu sesi perkongsian ringkas berkaitan cara-cara membuat permohonan i-Citra yang sudah boleh memohon bermula pada 12 Julai 2021 lagi.Perkongsian tersebut dapat membantu komuniti untuk membuat permohonan secara atas talian dengan lebih mudah.Hal ini kerana umum mengetahui dalam cabaran covid 19 ramai individu yang terjejas ekonomi nya dan kemudahan pengeluaran i-Citra yang diperkenalkan oleh Kerajaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban individu terjejas.Perkongsian tersebut dikelolakan oleh Pengurus Pusat Internet Komuniti Batu Gajah,Cik Hanani.
Pihak PIK juga memberi peringatan kepada Komuniti agar berhati-hati sewaktu memohon kerana permohonan hanyalah sekali sahaja dan sekiranya tersilap amaun atau sebagainya boleh menyebabkan permohonan individu terbatal atau tidak lulus.Perkongsian ringkas cara-cara memohon i-Citra yang ditunjukkan bermula dari awal hingga akhir secara perlahan agar mudah diikuti komuniti harap dapat membantu sedikit sebanyak komuniti mendapatkan pengeluran wang KWSP milik individu.Pihak PIK juga berpesan kepada Komuniti agar bijak menggunakan kewangan terutama dalam situasi pendemik sekarang. Pihak PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: