Uahawan & Norma Baru
22 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2021, Pusat Internet Batu Gajah telah mengadakan Perkongsian Usahawan PIK bersama usahawan desa PIK Batu Gajah iaitu Puan Natrah Bt Shaari secara Stream Yard Live. Sembang Santai tersebut dikendalikan oleh Penolong Pengurus Pusat Internet Batu Gajah iaitu Muhd Ariff di Pusat Internet Komuniti Batu Gajah. Tujuan sembang Santai secara live ini diadakan bagi mempromosikan produk usahawan desa supaya lebih dikenali. Selain itu,program sebegini dapat memberi suntikan semangat kepada usahawan desa atau setempat untuk mempromosikan produk mereka secara lebih meluas. Sepanjang program berjalan staff PIK Batu Gajah banyak mempromosikan Puan Natrah sebagai usahawan produk kesihatan yang mana sebelum ini hanya bermula sebagai pengguna dan kemudiannya mula berminat untuk menjadi agen kepada produk Teh Sanna Alami.
Pada awalnya beliau mempromosikan melalui kenalan sehinggalah kepada penggunaan ICT selari dengan perkembangan ICT. Sembang Santai tersebut juga, mendapat respon positif dari pelbagai pihak berdasarkan komen-komen dan view yang ramai.Hal ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa PIK bukan sahaja tempat untuk melayari internet tetapi sebagai Pusat pelbagai maklumat. Diharapkan agar program sebegini dapat membuka lebih banyak peluang pemasaran kepada usahawan dan bakal usahawan setempat sejajar dengan perkembangan ICT yang semakin meluas penggunaannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: