ICT- Cara-Cara Mengedit Video Menggunakan Aplikasi Capcut
11 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Oktober 2021,PIK Batu Gajah telah menyertai satu sesi live ICT cara-cara mengedit video menggunakan aplikasi ‘CapCut’ yang kini juga merupakan trend terkini masa kini.Perkongsian tersebut adalah secara atas talian melalui Streamyard live PIK Repek dan dikendalikan oleh Penolong Pengurus PIK Repek CIk Aina dan turut disertai oleh PIK Karangan dan PIK Lawang.Umum mengetahui penggunan aplikasi seperti ini banyak membantu pengguna menghasilkan video yang lebih menarik dan kreatif selain menjimatkan masa pengguna.Apa yang menarik minat pihak PIK Batu Gajah dalam perkongsian tersebut adalah pengunaan aplikasi ‘Capcut’ tersebut sudah tersedia semua keperluan asas yang diperlukan apabila mengedit gambar berbanding applikasi lain seperti applikasi ‘remove background’,icon seperti whattsap,Instagram,subscribed dan lain-lain icon yang mana memudahkan pengguna tanpa perlu memuat turun terlebih dahulu icon.
Applikasi ‘Capcut’ juga terdapat lebih dari satu pilihan lagu dan pilihan suara tanpa perlu memuat turun dari google terlebih dahulu sebelum mengedit video.Penggunaan aplikasi tersebut juga membantu pengguna yang kurang mahir atau kurang kreativiti dengan hanya mengedit menggunakan ‘templet’ yang sudah disediakan dan hanya perlu memuat naik gambar dan bagi mereka yang agak kreatif dan mahir boleh menggunakan ‘new project’ yang memerlukan pengguna lebih kreatif dan mengambil sedikit masa berbanding menggunakan ‘templet’.Dari perkongsian tersebut pihak PIK Batu Gajah melihat dari sudut positif appliksai tersebut untuk kegunaan komuniti setempat untuk pelbagai tujuan baik terutama dalam bidang keusahawanan. Pihak PIK Batu Gajah sangat berharap para komuniti setempat untuk mempelajari ilmu ICT secara bijak dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini pihak PIK Batu Gajah di Facebook PIK Batu Gajah agar ilmu-ilmu ICT dan lain-lain maklumat yang disampaikan dapat diketahui komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: