Isu Kekeluargaan : Pembubaran Perkahwinan
30 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 29 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti Batu Gajah telah menyertai taklimat berkaitan isu kekeluargaan yang bertajuk Pembubaran Perkahwinan. PIK telah menjemput panel Puan Norzila Binti Ahmad yang merupakan Penolong Pendaftar di Mahkamah Syariah Tanah Merah. Sesi ini telah berlangsung selama 1 jam dan pelbagai persoalan berkaitan penceraian telah dibincangkan terutamanya melibatkan hak-hak selepas penceraian. Antara persoalan yang dibincangkan adalah berkaitan jenis-jenis pembubaran perkahwinan yang boleh difailkan ke mahkamah syariah. Isu ini berkaitan dengan tuntutan cerai yang melibatkan persetujuan bersama.
Selain itu,pelbagai persoalan lain turut dibincangkan seperti tuntutan pengesahan cerai, tuntutan cerai tebus talak, tuntutan pengesahan taklik, tuntutan Fasakh, permohonan Li’an dan permohonan faraq nikah. Di samping itu,aspek cara pengiraan eddah selepas perceraian bagi dalam pelbagai keadaan seperti suci, tidak suci, mengandung, putus haid turut diterangkan dengan terperinci. Begitu juga dengan isu hak yang boleh dituntut selepas perceraian. Ianya merangkumi hak Nafkah Edah, Mutaah, Harta sepencarian, Nafkah isteri kebelakangan, Harta Dom, Hak jagaan anak, Nafkah anak dan Hak lawatan anak. Diharapkan agar sesi perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua penonton berkaitan isu pembubaran perkahwinan. Isu ini sangat penting untuk difahami sebagai panduan dalam alam rumahtangga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: