Bicara Pagi – Apa Itu Penamatan 3G
27 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 26 Oktober 2021 Pusat Internet Komuniti Batu Gajah telah menyertai satu perkongsian berkaitan penamatan rangkaian 3G pada penghujung tahun 2021.Hebahan perkongsian secara live tersebut turut disertai oleh Pusat Internet Komuniti Repek,Pusat Internet Komuniti Lawang,dan PIK Karangan. Bicara Pagi dengan tajuk Apa Itu Penamatan 3G dikendalikan oleh Pengurus PIK Lawang Puan Amnina melalui aplikasi streamyard live di facebook PIK Lawang dikongsi oleh PIK Repek, PIK Batu Gajah dan PIK Karangan. Sesi live kali ini berlangsung pada pukul 10.00 pagi dan berlansung selama lebih kurang satu jam.Tujuan perkongsian Bicara pagi tersebut adalah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021 dan akan digantikan dengan rangkaian 4G bagi semua rangkaian telekomunikasi.
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang masih menggunakan telefon 3G disarankan untuk menaik taraf ke telefon 4G segera sebelum rangkaian 3G ditamatkan. Antara faedah yang akan diperolehi adalah seperti pengalaman melayari internet yang lebih baik, strim video dan muzik yang lebih lancar. Pihak PIK sangat berharap agar perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana. Kami akan berkongsi dan menyediakan kepelbagaian aktiviti seperti Talk Show berkaitan dengan ICT/Digital, Video Usahawan dan juga Tutorial atau Demostrasi Berkaitan dengan ICT dan juga Digital. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan aktiviti yang akan kami sediakan boleh lawati dan Like page kami iaitu Page PIK Batu Gajah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: