Belajar Animasi Bergerak Power Point
20 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Febuari 2021, Pusat Internet Komuniti Batu Gajah telah mengadakan satu sesi tutorial belajar animasi bergerak menggunakan Microsoft power point dan google menggunakan stream yard live. Perkongsian ringkas ini dikendalikan oleh Pengurus Pusat Internet Komuniti Batu Gajah,Cik Hanani dan turut disertai oleh PIK Kampung Karangan diwakili oleh. Pengurus PIK iaitu Cik Aisha. Tujuan perkongsian ini adalah bagi memberi penambahan ilmu baru kepada komuniti berkaitan ICT agar komuniti setempat sentiasa celik IT dan tidak ketinggalan dalam perkembangan ICT yang semakin berkembang.
Tutorial ini berlangsung selama hampir 1 jam di mana staff PIK telah menerangkan cara-cara untuk membuat animasi bergerak hanya menggunakan power point. Kreativiti animasi ini juga hanya menggunakan dari beberapa bentuk dalam mereka cipta objek seperti kenderaan, permandangan dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing sebelum digerakkan menjadi animasi bergerak. Peserta dari PIK lain turut teruja melihat perkongsian yang ringkas tetapi menghiburkan. Perkongsian ini juga boleh dijadikan sebagai satu minat yang mampu memberi pulangan sekiranya di latih dan berada di platform yang tepat. Akhir perkongsian,Pengurus Pusat Internet Komuniti Batu Gajah berharap agar perkongsian tersebut dapat menambah lagi pengetahuan ICT sekaligus menarik minat komuniti untuk datang ke Pusat Internet Komuniti berdekatan untuk belajar lebih banyak kemudahan yang disediakan di semua Pusat Internet Komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: