Live panduan Membuat Resume (Power Point)
10 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 Mei 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan sesi live bersama PIK Lawang dan PIK Karangan. Sesi live ini dikelolakan oleh Pengurus PIK Batu Gajah Cik Hanani selama 1 jam. Sepanjang sesi live dijalankan, Pengurus PIK telah menunjukkan cara-cara bagaimana membuat resume menggunakan Microsoft Power Point. Selain itu, dalam live tersebut telah diajarkan bagaimana menggunakan konsep bentuk yang memerlukan sedikit kreativiti individu untuk menghasilkan resume yang terkini tanpa menggunakan sebarang applikasi canggih. Sepanjang perkongsian ilmu tersebut, dapat dilihat keterujaan penonton untuk menguasai kemahiran menghasilkan resume yang terkini dan menarik hanya menggunakan Microsoft Power Point kerana sebelum ini kebiasannya penonton hanya membuat resume menggunakan Microsoft Word. Semoga perkongsian tersebut dapat memberikan ilmu baru kepada penonton berkaitan ICT yang mana ilmu asas ICT tersebut sangat berguna. Di akhir sesi tersebut, PIK Batu Gajah berharap perkongsian ini dapat memberikan pembelajaran baru kepada komuniti setempat agar sama-sama celik ICT dari masa ke masa. Pihak PIK juga sangat mengalu-alukan komuniti yang berminat untuk mendapatkan panduan dan ingin menggunakan fasiliti PIK sebagai tempat untuk menimba ilmu ICT dan sebagai tempat memulakan perniagaan secara online. Diharapkan agar perkongsian lebih ramai komuniti menyedari kebaikan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: