Kelas Microsoft Power Point (Tutorial Resume)
7 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 7 Mei 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan kelas Microsoft Power Point. Kelas ICT Microsoft Power Point dikelolakan oleh Pengurus PIK Batu Gajah Cik Hanani selama 1 jam bermula jam 10 pagi hingga jam 11 pagi di mana pengguna adalah ahli PIK Batu Gajah yang sering berkunjung ke PIK Batu Gajah untuk belajar pelbagai asas ICT. Sepanjang kelas ICT Microsoft Power Point dijalankan Pengurus PIK mengajar ahli PIk Cik Yani bagaimana membuat resume menggunakan Microsoft Power Point. Dalam pembelajaran ICT tersebut diajarkan hanya menggunakan konsep bentuk dan memerlukan sedikit kreativiti individu untuk menghasilkan resume yang terkini tanpa menggunakan sebarang applikasi canggih.Sepanjang perkongsian ilmu kepada ahli PIK,dapat dilihat keterujaan ahli PIK menghasilkan resume yang terkini dan menarik hanya menggunakan Microsoft Power Point di mana sebelum ini ahli PIK,Cik Yani hanya tahu membuat resume menggunakan MIcrosft Word.Selain itu ahli PIK Cik Yani juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Internet Kominuti Batu Gajah kerana sentiasa memberikan ilmu baru kepada beliau berkaitan ICT yang mana ilmu asas ICT tersebut sangat berguna kepada beliau sebagai seorang penuntut IPTA. Di akhir kelas ICT tersebut ahli PIK berharap agar PIK Batu Gajah terus memberikan pembelajaran baru kepada beliau dan komuniti setempat agar sama-sama celik ICT dari masa ke masa.Pihak PIK juga sangat mengalu-alukan komuniti yang berminat untuk mendapatkan panduan dan ingin menggunakan fasiliti PIK sebagai tempat untuk menimba ilmu ICT dan sebagai tempat memulakan perniagaan secara online. Diharapkan agar perkongsian lebih ramai komuniti menyedari kebaikan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: