Panduan Asas Membuat Poster Produk Menggunakan Aplikasi Canva
6 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 5 Februari 2021, Pusat Internet Batu Gajah telah mengadakan panduan asas untuk usahawan desa membuat poster produk dengan menggunkan aplikasi Canva. Sesi tersebut dikendalikan oleh Penolong Pengurus Pusat Internet Batu Gajah iaitu Muhd Ariff di Pusat Internet Komuniti Batu Gajah. Ianya bertujuan untuk memberi perkongsian tentang cara untuk usahawan membuat reka bentuk produk dengan lebih mudah dan jimat Selain itu, sesi ini juga dapat membantu usahawan untuk mempromosikan produk supaya lebih dikenali dan secara tidak langsung program sebegini dapat memberi suntikan semangat kepada usahawan desa atau setempat untuk mempromosikan produk mereka secara lebih meluas. Sepanjang sesi ini, staff PIK Batu Gajah banyak menunjukkan cara untuk melayari laman web canva.com, teknik pemilihan reka bentuk, cara meletakkan ayat-ayat promosi yang menarik dan teknik pemilihan gambar yang menarik. Perkongsian ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada usahawan desa bahawa PIK bukan sahaja tempat untuk melayari internet tetapi sebagai Pusat pelbagai maklumat. Diharapkan agar program sebegini dapat membuka lebih banyak peluang pemasaran kepada usahawan dan bakal usahawan setempat sejajar dengan perkembangan ICT yang semakin meluas penggunaannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: