Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
7 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 Disember 2021, Pengurus PEDi Batu Gajah telah mengikuti satu taklimat berkenaan Skim Perndaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah diuruskan oleh pihak Malaysian Communicatin and Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sesi taklimat ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Zaim Bin Hamdan iaitu pegawai dari SSM bersama dengan Encik Mohd Mahfuz Fahmi wakil dari MCMC dan juga Encik Mohammad Syafiq Hairom iaitu Ketua Unit Seksyen Pendaftaran Perniagaan SSM.
Taklimat ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada semua pengurus PEDi dan juga Rakan Digital (RD) berkenaan program baru dari SSM iaitu Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang merupakan salah satu (1) inisiatif untuk membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara PERCUMA.
Sepanjang taklimat dijalankan pihak SSM juga menerangkan tentang kepentingan usahawan mendaftarkan perniagaan mereka. Dalam perkongsian ini juga, pihak SSM menerangkan tentang perbezaan jenis perniagaan yang didaftarkan serta kelebihan dan kekurangan untuk setiap perniagaan berkenaan. Pihak SSM juga menerangkan tentang cara untuk mendaftar dan menggunakan laman web https://ezbiz.ssm.com.my/?0 . Laman web Ezbiz merupakan platform pendaftaran SSM secara atas talian yang boleh digunakan oleh usahawan untuk sebarang urusan berkaintan SSM seperti mendaftar akaun SSM, memperpaharui serta lain-lain urusan yang berkenaan.
Di akhir sesi taklimat pihak SSM sempat memaklumkan kepada usahawan dari kalangan golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang berumur 18 tahun keatas yang berminat untuk mengikuti sesi taklimat bersama SSM pada 13 Disember 2021 (Isnin) boleh mendaftar kehadiran anda di pautan yang disediakan https://forms.office.com/r/MnKY5rn0Vq .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: