Klik Dengan Bijak- Body Shaming (Ejekan Badan)
8 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 7 Disember 2021, PEDi Batu Gajah telah bekerjasama dengan PEDi Repek, PEDi Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian di Stream Yard Live mengupas tentang Klik Dengan Bijak (KDB) dengan topik Body Shaming atau ejekan badan.Perkongsian kali ini dikendalikan oleh Puan Amnina, Pengurus PEDi Lawang.Definisi Body shaming ialah tindakan mencemuh atau mempersenda penampilan fizikal seseorang. Ianya adalah suatu perilaku memalukan seseorang dengan memberikan kritikan negatif tentang tubuh badan serta fizikal mangsa. Ia kadang-kadang dilakukan oleh orang-orang terdekat dan ianya sering kali dianggap biasa dalam kalangan masyarakat. Sebaliknya, body shaming sebenarnya banyak memberi kesan negatif kepada mangsanya.
Seringkali, pelaku body shaming tidak sedar bahawa mereka sudah melakukan perilaku tersebut. Tindakan pelaku sering mengkritik dan mengulas bentuk badan orang gemuk dan berselindung di sebalik perkataan "bergurau" untuk meneutralkan tingkah laku negatif mereka. Hal ini kadang-kadang memberi kesan negatif kepada mangsa tanpa pelaku sedar. Ianya boleh menyebabkan mangsa hilang keyakinan diri dan meningkatkan ketidakpuasan imej dan tubuh badan mangsa. Mangsa akan menjadi tidak selesa untuk bergaul dengan orang lain dan sangat malu dengan penampilan mereka. Hal ini boleh meningkatkan risiko untuk mangsa mengalami kemurungan. Pada siaran kali ini pihak PEDi menegaskan kita hendaklah berhati-hati agar kita tidak menyinggung perasaan sesiapa tanpa kita sedari dan secara tidak langsung melakukan body shaming kepada seseorang. Justeru itu kita perlu membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul. Katakan tidak pada Body Shaming.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: