Perkongsian Tips Menjadi Usahawan Atas Talian
27 November 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Batu Gajah, Jumaat pada 26 November 2021 bekerjasama dengan PEDi Batu Repek, PEDi Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard iaitu Tips Menjadi Usahawan Atas Talian. Pada siaran kali ini Pihak PEDi berkongsi sedikit tips menjadi seorang usahawan atas talian. Internet telah mengubah semua bidang pasaran,termasuklah perniagaan dalam talian. Inilah sebabnya mengapa ia telah menjadi semakin popular dan kita dapat membeli semuanya secara dalam talian tidak mengira waktu dan di mana sahaja.
Para usahawan haruslah bijak mengambil peluang pada masa ini kerana perniagaan dalam talian sangat popular dan jangan kita melepaskan peluang mengorak langkah menjadi salah seorang usahawan atas talian.Pihak PEDi berkongsi lima tips penting yang perlu disemat dalam diri usahawan agar menjadi usahwan yang sentiasa berinovasi dan bermatlamat.Antaranya,usahwan perlulah mencari ilmu berkenaan perniagaan,jual minat,manfaat penggunaan platform internet,guna strategi pemasaran dan rajin berusaha dan tidak malu bertanya. Para usahawan juga perlu bijak memanfaatkan media sosial sebagai medium perniagaan mereka, mereka perlu tahu cara promosi, sasaran umur dan waktu yang sesuai untuk mempromosikan produk mereka. Pihak PEDi berharap dengan perkongsian ini akan dapat membantu masyarakat yang ingin memulakan perniagaan mereka tetapi tidak yakin dengan perniagaan mereka, mereka boleh mulakan dari peringkat bawah seperti menjadi Dropship tanpa memerlukan modal dan tidak perlu menyimpan stok. Selain itu juga mereka boleh memulakan perniagaan mereka tanpa mengeluarkan modal iaitu menjual perkhidmatan seperti perkhidmatan membersihkan rumah atau perkhidmata memotong rumput dan mereka boleh mewar-warkan perkhidmatan secara atas talian sahaja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: