Cabaran Usahawan Mendepani Pasca Covid-19
3 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 2 Disember 2021, Pusat Internet Komuniti Batu Gajah telah menyertai Webinar berkaitan Cabaran Usahawan Mendepani Pasca Covid-19. Webinar ini telah dianjurkan dengan kerjasama dengan pihak Risda. Di era pandemik Covid-19 ketika ini, tidak dinafikan ramai usahawan yang terjejas sepanjang menjalankan perusahaan secara kecil-kecilan. Sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya pasti kecewa dengan permintaan pasaran yang merudum, malah ada sebahagian pekerja terpaksa diberhentikan bagi mengurangkan kos operasi syarikat. Dalam sesi ini, Usahawan telah berkongsi tentang cara untuk bertindak proaktif dan bijak mengatur strategi dalam menguruskan perniagaan agar kekal relevan khususnya bagi mengharungi perubahan prosedur operasi standard (SOP) mengikut situasi semasa yang bertujuan mengekang penularan pandemik Covid-19. Selain itu, usahawan perlu cekap mengendalikan kewangan dan mengurus perbelanjaan dengan bijak selain merebut peluang untuk mendapatkan bantuan kewangan yang ditawarkan kerajaan. Walaupun ada yang gulung tikar tetapi ada yang mengambil inisiatif menukar kepada model perniagaan baharu kepada perniagaan dalam talian (online). Sesi ini juga telah membawakan beberapa orang usahawan contoh yang telah berjaya menghadapi cabaran Covid-19. Mereka telah berkongsi panduan dan perubahan model perniagaan yang telah dibuat untuk disesuaikan dengan masa pendemik. Diharapkan agar sesi webinar ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada golongan usahawan bagi meningkatkan semangat untuk meneruskan perniagaan semasa pendemik bagi membantu meningkatkan ekonomi melalui aktiviti keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: