Wanita, Remaja & ICT : Akses Kepada Masa Depan Yang Cerah
1 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 30 April 2021, PIK Batu Gajah telah menyertai sesi live Facebook anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertajuk ‘Wanita, Remaja & ICT : Akses Kepada Masa Depan Yang Cerah’. Sesi live ini telah berlangsung selama 2 jam yang bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 12 tengahari dan dihoskan oleh Moderator Puan Hashimah Hashim yang merupakan Pengarah Jabatan Keterlibatan Komuniti dari SKMM. Manakala, ahli panel pula terdiri daripada Puan Viviantie Sarjuni (Pengurus Besar, Pusat Ekonomi Kreatif & Inovasi Sabah), Cik Faezrah Rizalman (Ketua Pegawai Eksekutif, Rambutan Code Academy & Penasihat SCEIC) dan Cik Sharifah Nadira Syed Nurshadir, (Pelajar Komunikasi Media Baru & Keusahawanan Kandungan, Jurugambar Video Bebas). Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girl’s in ICT 2021, iaitu program tahunan yang diadakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 10 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Perkara ini ekoran daripada kesedaran tentang kemampuan dan kekuatan yang dimiliki oleh golongan remaja dan belia wanita Malaysia, di bawah penyelarasan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Hal ini disebabkan oleh kerana pemerkasaan remaja dan belia wanita dalam industri Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT) bersama-sama dengan bidang yang berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) amat penting dalam meningkatkan kesetaraan gender di Malaysia. Objektif program ini adalah untuk menonjolkan pencapaian belia wanita dan remaja dalam bidang ICT di Malaysia. memperkasakan belia wanita dan remaja untuk terlibat dan menyumbang dalam bidang ICT. memperkasakan kaum lelaki terutamanya untuk menyokong dan mendorong belia wanita dalam keluarga dan komuniti mereka supaya menceburi bidang ICT sama ada sebagai pengamal atau ahli professional dan membincangkan cabaran yang dihadapi oleh ahli professional, pengamal ICT di kalangan wanita serta cara mereka mengatasinya. Di akhir program ini, diharapkan agar perkongsian ini dapat meningkatkan kesedarn umum tentang kepentingan dan peranan golongan wanita dan remaja dalam industri perkembangan teknologi maklumat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: