Mempromosikan Produk Usahawan PIK Batu Gajah
28 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mac 2021, PIK Batu Gajah telah membuat satu perkongsian mempromosikan atau memperkenalkan Usahawan PIK Batu Batu Gajah. Perkongsian tersebut dijalankan secara atas talian melalui Streamyard Live di PIK Batu Gajah dan dikendalikan oleh Pengurus PIK Batu Gajah Cik Hanani.Tujuan perkingsian tersebut adalah untuk memperkenalkan usahawan PIK Batu Gajah sepanjang Program Sembang Santai Usahawan Desa PIK Batu Gajah. Usahwan PIK Batu Gajah itu juga masih aktif dan sentiasa juga meminta pandangan dan tips dalam berniaga terutama sekali berniaga secara atas talian. Selain itu juga,pihak PIK mahu memberi semangat kepada usahwan setempat untuk berani menjadi usahawan yang berjaya seperti mereka yang sudah berjaya dengan hanya berniaga atas talian mengikut cara yang betul. Sepanjang perkongsian tersebut pihak PIK Batu Gajah memperkenalkan secara ringkas biodata dan cara usahawan PIK memulakan perniagaan dan memceritakan juga secara ringkas antara cabaran yang dihadapi usahawan tersebut.Antara usahawan PIK Batu Gajah yang diperkenalkan adalah usahawan Azyani,usahawan dropship pakaian dan simkad,Wan Harun,usahawan kecantikan Somel,Airi Airi usahawan Surprise Delivery dan Julie Tie,usahawan Mary Kay. Diharapkan agar perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat kepada para komuniti untuk meningkatkan ekonomi melalui perniagaan online selaras dengan perkembangan internet semasa.PIK juga sangat mengalu-alukan komuniti yang berminat untuk mendapatkan panduan dan ingin menggunakan fasiliti PIK sebagai tempat untuk memulakan perniagaan secara online atau untuk tujuan pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: