Bicara Usahawan Puyuh Frozen
28 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 Julai 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan satu sesi perkongsian ringkas berkaitan keusahawanan dengan tajuk “Bicara Usahawan Puyuh Forzen” .Usahawan muda dari Pasir Mas iaitu En.Faizuddin bin Azman berumur 23 Tahun.Perkongsian tersebut turut disertai oleh beberapa PIK lain sebagai salah satu platform maklumat kepada komuniti setempat PIK bagi menyampaikan info bermaklumat.Antara PIK yang menyertainya adalah PIK Lawang,PIK Repek dan PIK Karangan. Dalam perkongsian tersebut usahawan banyak mengupas bagaimana jatuh bangun beliau dalam mengembangkan perniagaan beliau sehingga mampu menjana pendapatan lebih RM16 Ribu sebulan hanya dengan perusahaan puyuh frozen.Perkongsian pada kali ini yang dikelolakan oleh Pengurus PIK Batu Gajah,Cik Hanani memang mahu mengetengahkan kelainan dalam perkongsian usahawan di mana kejayaan usahawan tersebut banyak tertumpu hanya pemasaran secara terus atau secara Offline.Pihak PIK memberi pendedahan kepada En.Faiz bahawa perniagaan beliau mampu menjana pendapatan lebih dan pasaran juga boleh terus meluas dengan pemasaran secara atas talian dan pihak PIK memberi peluang kepada beliau untuk mempelajari lebih dalam berkaitan pemasaran secara atas talian dengan merujuk PIK berdekatan bagi sesi kelas atas talian.Sekaligus perkongsian tersebut juga mampu membuka peluang kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan dengan belajar dari bawah sebagai agent atau dropship terlebih dahulu sebelum melangkah jauh seperti apa yang dikongsiakan oleh usahawan en.Faiz dalam perkongsian tersebut.Pihak PIK menyatakan kesungguhan dalam membantu komuniti setempat untuk mengambil peluang yang ada bagi menjana pendapatan dalam situasi sekarang.
Pihak PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: