Sembang Petang PIK Bersama ILP(Pak Cik ILP).
26 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 25 Jun 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan perkongsian bersama badan kerajaan diberi tajuk “Sembang Petang PIK Bersama ILP” di Stream Yard Live PIK Batu Gajah yang dikendalikan oleh Pengurus Pusat Internet Komuniti Batu Gajah,Cik Hanani.Panel Jemputan adalah En.Tasiri atau dikenali juga Pak Cik ILP dalam kalangan pelajar ILP.Sepanjang perkongsian En.Tasiri lebih senang membahasakan dirinya dengan panggilan Cikgu Ayie.Dalam perkongsian sembang petang tersebut banyak membincangkan berkaitan hala tuju pelajar lepasan SPM ke peringkat seterusnya.Hal ini kerana masih ramai di luar sana yang belum mengetahui bahawa Institut Latihan Perindustrian juga merupakan salah satu institut yang boleh mengubah hidup para pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan kurang bernasib baik dalam SPM baru-baru ini.Cikgu Ayie juga memberi beberapa panduan dan syarat yang diperlukan untuk menjadi warga ILP.Dari perbincangan tersebut Cikgu Ayie banyak menekankan berkaitan 1 S dan 4 M di mana 1 S adalah sikap individu termasuklah bakal-bakal pelajar ILP,di mana jika sikap kita sentiasa positif biarpun kita dari kalangan pelajar yang kecundang dalam SPM yang lalu jika sikap kita baik,maka tak mustahil masa depan kita adalah lebih baik pada masa akan datang.Manakala 4 M adalah Minat,Menulis,Membaca dan Mengira yang juga merupakan salah satu syarat khas untuk memasuki ILP.Selain itu,masih ramai yang tidak tahu bahawa yuran ILP adalah percuma dan diberi elaun RM100 kepada pelajar termasuk tempat tinggal pada peringkat Sijil selama 3 tahun. Pihak PIK,sangat berharap komuniti setempat mengambil peluang baik ini sebagai salah satu platform mengubah kehidupan komuniti.Pengambilan ILP hanyalah 2 kali setahun,iaitu pada bulan julai dan bulan januari.Pihak PIK senantiasa memastikan segala maklumat yang dikongsikan adalah yang memberi manfaat berguna pada masa kini dan masa hadapan.
Pihak PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: