Live Bersama Pustaka Desa (Peranan Pustaka Desa Semasa PKP)
28 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 Jun 2021, PIK Batu Gajah dan PIK Manek Urai telah mengadakan live bersama pihak Pustaka Desa Kampung Chucuh Puteri. Perpustakaan Desa adalah sebuah perpustakaan kecil yang ditempatkan di suatu kawasan yang mempunyai ramai penduduk. Tujuan penubuhan perpustakaan desa adalah untuk memudahkan masyarakat menikmati kemudahan pembacaan walaupun jauh dari pusat bandar. Ia merupakan satu cawangan yang kecil dan sebuah pusat yang akan memberikan perkhidmatan dan memenuhi keperluan masyarakat setempat.Perpustakaan desa diwujudkan adalah untuk membolehkan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pembacaan dan prasarana ilmu yang lengkap dan menyeluruh. Dengan ini, ia akan dapat membantu mempertingkatkan pencapaian pendidikan pelajar melalui penyediaan bahan-bahan tambahan dan menimba ilmu pengetahuan. Di samping itu, penwujudan perpustakaan desa juga akan membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaan yang disediakan. Kesedaran kepada kepentingan ilmu pengetahuan ini dapat di pupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti perpustakaan desa. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan rujukan, perkhidmatan rujukan, perkhidmatan komputer dan mesin pencetak. Selain itu, Pustaka Desa juga menyediakan bahan bacaan ringan seperti majalah, suratkhabar dan mengadakan pusat pencarian maklumat secara berkomputer melalui bahan-bahan berbentuk multimedia Kesedaran semasa. Mengadakan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa serta membuat promosi galakan membaca di kediaman masing-masing. Semasa musim PKP, Pustaka Desa aktif membantu pelajar dengan cara mempromosikan kempen E-Pustaka yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan bahan bacaan secara online. Diakhir sesi ini, kami berharap agar semua komuniti dapat memanfaatkan kemudahan Pustaka desa dengan sebaiknya sebagai tempat untuk mendapatkan pelbagai bahan rujukan untuk kegunaan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: