Borak Pagi Bersama Perundingan Kewangan(Cik Izzatie)
26 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 25 Jun 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan perkongsian bersama badan swasta diberi tajuk “Borak Pagi Bersama Perundingan Kewangan” di Stream Yard Live PIK Batu Gajah yang dikendalikan oleh Pengurus Pusat Internet Komuniti Batu Gajah,Cik Hanani.Panel Jemputan adalah Cik Izzatie dari sebuah institusi perbankan negara,turut serta dalam perkongsian tersebut adalah PIK Lawang,PIK Karangan dan PIK Repek.Dalam perkongsian tersebut,Cik Izzatie banyak berkongsi tip dan langkah yang boleh diambil dalam mengurangkan beban pinjaman dalam cabaran Covid 19 sekarang.Antaranya sebelum membuat pinjaman baru dinasihatkan mendapatkan nasihat perunding kewangan terlebih dahulu.Selain itu Cik Izzatie menjelaskan juga bahawa dalam cabaran Covid 19 ni juga adalah masa yang paling sesuai untuk mereka yang kurang terjejas untuk membeli rumah sebagai asset pada masa akan datang kerana kadar rate nya adalah lebih rendah berbanding sebelum cabaran Covid 19.Hal ini adalah sebagai persiapan pada masa hadapan memandangkan belum tahu bila berakhir pendemik di seluruh negara.Selain itu,perkongsian tersebut juga menyentuh berkaitan moratorium seperti panduan memohon moratorium dan siapa yang layak memohon.Pihak PIK sangat berharap komunti mengambil manfaat dari perkongsian tersebut agar ia juga dapat membantu dalam meneruskan hidup dalam cabaran Covid 19 tanpa mengambil langkah singkat seperti membuat pinjaman tak berlesen atau sebagainya yang boleh memberi kesan kepada ahli keluarga. Pihak PIK sangat berterima kasih kepada Cik Izzatie kerana meluagkan masa untuk komuniti kami walaupun sentiasa sibuk.
Pihak PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: