Panduan Mengatasi Masalah Pemasaran Produk
27 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 26 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti Batu Gajah dengan kerjasama PIK Manek Urai telah mengadakan sesi live berkaitan panduan mengatasi masalah pemasaran produk. Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan tentang kelebihan membuat facebook live bagi tujuan membuat promosi produk. Hal ini adalah selaras dengan perkembangan teknologi yang memerlukan para usahawan untuk membuat inovasi cara membuat promosi agar lebih mudah untuk dikenali dan lebih efektif. Dalam sesi ini, staff telah menerangkan tentang kelebihan Facebook Live seperti dapat menarik lebih banyak pelanggan. Melalui Facebook live, penjual dapat meningkatkan jumlah penonton kerana ianya lebih mudah untuk diakses berbanding kaedah promosi secara offline. Selain itu, ianya juga dapat membantu untuk membina jenama tersendiri. Bagi peniaga kecil yang tidak mampu untuk membayar kos iklan di Televisyen, Radio, BillBoard dan sebagainya. Facebook Live adalah platform terbaik untuk mempromosi jenama produk para usahawan. Para usahawan hanya perlu memiliki keberanian dan kebijaksanaan untuk bercakap di depan kamera agar ianya dapat membantu untuk meraih perhatian penonton. Di samping itu, menerusi Facebook live juga penjual boleh berinteraksi terus dengan Penonton dan ini akan lebih memudahkan untuk penjual menjawab setiap persoalan dari penonton. Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada golongan usahawan bagi membantu mengatasi masalah pemasaran produk bagi meningkatkan taraf ekonomi dengan aktiviti keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: