Panduan Pengurusan Kewangan Keluarga
26 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 25 November 2021, Pusat Ekonomi Digital dan (PEDi) Batu Gajah dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital dan (PEDi) Manek Urai telah mengadakan sesi live berkaitan topik Panduan Pengurusan Kewangan Keluarga. Dalam sesi ini, Staff telah berkongsi beberapa panduan yang boleh diikuti untuk membuat pengurusan kewangan yang baik. Panduan pertama adalah mengenal pasti pendapatan keluarga. Secara umumnya,terdapat tiga kategori golongan pendapatan keluarga iaitu B40, M40 dan T20. Ia adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia. Dengan mengenal pasti jumlah pendapatan keluarga, kita dapat membuat kira-kira kos sara hidup dan menyusun strategi bagi memastikan pengurusan kewangan pada setiap bulan. Melaluinya juga, kita dapat melihat kelayakan untuk memohon jenis bantuan dan subsidi yang diberikan oleh kerajaan bagi meringankan beban. Tips kedua adalah mengenal pasti matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Panduan ini dapat membantu sekiranya kita tidak tahu bagaimana untuk memulakan pengurusan kewangan keluarga. Matlamat kewangan jangka pendek lebih kecil dan memerlukan sumber kewangan yang lebih rendah dan lebih mudah dicapai seperti membeli kelengkapan sekolah anak-anak, tabung perkahwinan dan kecemasan. Manakala, matlamat jangka panjang pula sebagai suatu latihan yang bertujuan untuk merumuskan pelan jangka panjang untuk memenuhi keperluan masa depan. Sebagai contoh pembelian rumah, menunaikan haji dan tabung pendidikan untuk anak-anak. Panduan ketiga, adalah membuat pelan perbelanjaan. Sebenarnya semua itu dapat diatasi dengan mempunyai perancangan dan menggunakan formula yang betul dengan mengetahui jumlah sebenar duit masuk dan duit keluar. Perancangan perbelanjaan yang terperinci dapat membantu untuk memahami tabiat pengunaan wang diri sendiri supaya tidak boros dan membeli barang yang tidak diperlukan. Panduan seterusnya adalah membezakan antara keperluan dan kehendak. Keperluan harus mendahului kehendak. Antara pengajaran daripada pandemik ini ialah perkara yang tidak diduga boleh berlaku pada bila-bila masa. Kita harus bersedia. Keperluan merangkumi seperti pendidikan anak-anak, penjagaan insurans, pinjaman rumah dan kereta perlulah diutamakan. Manakala, gaya hidup berlebihan, hiburan atau melancong adalah bersifat kehendak. Diakhir sesi ini, diharapkan agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua penonton dan dapat membantu untuk membuat pengurusan kewangan keluarga yang lebih baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: