Tutorial Membuat FB Ads ( Strategy Marketing for Beginner)
22 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mac 2021, PIK Batu Gajah telah membuat Tutorial membuat Facebook Ads (Strategy Marketing for Beginner) secara online menggunakan aplikasi Stream Yard Live. Tutorial ini bertujuan untuk memberi panduan kepada usahawan yang berminat untuk memanfaatkan kemampuan aplikasi Fb Ads bagi tujuan perniagaan. Dalam sesi ini, staff telah menerangkan tentang fungsi dan kemampuan Fb ads untuk dijadikan sebagai platform bagi memulakan perniagaan secara online. Terdapat juga usahawan PIK yang telah menunjukkan kemampuan dan peningkatan dalam mengunakan facebook Ads untuk membuat promosi produk. Mereka menunjukkan minat yang sangat mendalam untuk mempelajari aplikasi pernigaan secara online kerana fungsi internet yang dilihat boleh membantu untuk menjana pendapatan dengan lebih baik berbanding perniagaan secara offline. Oleh yang demikian, staff telah menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan dengan aplikasi Facebook yang boleh dimanfaatkan oleh para usahawan untuk membuat promosi produk. Selain itu, usahawan juga turut didedahkan dengan panduan untuk membuat ayat-ayat promosi yang menarik seperti penggunaan ayat yang betul, pemilihan gambar yang menarik dan teknik-teknik untuk menarik perhatian pelanggan yang lain. Pihak PIK juga sangat mengalu-alukan komuniti yang berminat untuk mendapatkan panduan dan ingin menggunakan fasiliti PIK sebagai tempat untuk memulakan perniagaan secara online. Diharapkan agar perkongsian dan panduan ini dapat memberi manfaat kepada para komuniti untuk meningkatkan ekonomi melalui perniagaan online selaras dengan perkembangan internet semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: