Taklimat Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong
22 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Batu Gajah telah mengadakan taklimat berkaitan isu Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong. Taklimat ini diadakan bersama PIK Manik Urai yang diwakili oleh Puan Nurul Izzati. Taklimat ini diadakan secara online menggunakan Stream Yard Live yang berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 10.30 hingga 11.30 pagi. Ianya bertujuan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dalam isu-isu yang melibatkan aktiviti kebebasan bersuara. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang panduan menggunakan bebebasan bersuara dengan bijak tanpa menimbulkan kesan negatif.
Hal ini demikian kerana, akhir-akhir ini kes yang melibatkan penyalahgunaan kebebasan bersuara dilihat semakin berleluasa sehingga menyebabkan pelbagai kesan negatif dalam kalangan masyarakat seperti penyebaran fitnah, viral isu-isu yang tidak benar, penipuan dan sebagainya. Oleh itu, pihak PIK mengambil inisiatif untuk menjalankan tanggungjawab bagi membantu masyarakat agar lebih peka dalam menggunakan kebebasan bersuara dan mendidik etika semasa menggunakan kebebasan bersuara bagi menggelakan menyebarkan maklumat yang tidak benar Taklimat ini telah diadakan menggunakan konsep santai untuk mengelakkan rasa bosan dalam kalangan penonton. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama mendengar taklimat Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong yang telah disampaikan oleh staff Pusat internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: