Hak Pekerja Selepas Diberhentikan
24 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 23 Disember 2021, PEDi Batu Gajah telah membuat sesi live berkaitan isu Hak Pekerja Selepas Diberhentikan. Sesi ini melibatkan kerjasama dengan PEDi Karangan, Bentong dan Chucuh Puteri dan berlangung selama 1 jam. PEDi telah menjemput Cik Ee Mee Sin yang merupakan Pegawai Unit Insuran dari Pejabat PERKESO Bentong. Pelbagai isu dan persoalan telah dibincangkan oleh beliau seperti isu sebab berlakunya pemberhentian kerja, hak dan peranan pekerja yang terlibat dengan pemberhentian pekerja, peranan PERKESO dalam membantu pekerja yang diberhentikan kerja dan tindakan yang patut dilakukan oleh pekerja yang diberhentikan kerja. Selain itu, antara persoalan lain adalah berkaitan tempoh pemberian notis pemberhentian juga turut dibincangkan, faedah penamatan kerja, hak pekerja yang dipecat, sama dengan hak pekerja yang diberhentikan, hak pekerja yang dibuang akibat tindakan disiplin, cara pengiraan pembayaran faedah pemberhentian, senarai faedah yang boleh dituntut jika diberhentikan kerja dan terma atau syarat yang menyebabkan seseorang tidak dapat menuntut faedah atau pampasan apabila diberhentikan kerja. Diharapkan agar sesi perkongsian ini dapat memberi panduan kepada komuniti yang terlibat dengan pemberhentian kerja bagi membantu untuk memudahkan membuat urusan mendapatkan pampasan sementara mendapat pekerjaan baru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: