Perkongsian Ceramah Maulidur Rasul Sempena Sambutan Bulan Kelahiran Nabi Muhammad SAW
19 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 Oktober 2021, satu Perkongsian Ceramah Maulidur Rasul Sempena Sambutan Bulan Kelahiran Nabi Muhammad SAW telah dikongsikan oleh staf PIK Batu Gajah bersama-sama dengan staf-staf PIK Lawang, PIK Repek, dan PIK Karangan secara atas talian menggunakan platfom 'Stream Yard' dan juga disiarkan secara langsung di halaman Fb PIK Karangan selaku hos program pada hari tersebut. Ceramah ini disiarkan bersempena sambutan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Di dalam perkongsian tersebut, pihak PIK telah berkongsi satu video yang diperoleh daripada sumber “Youtube” di mana ceramah itu telah disampaikan oleh saudara Samsul Debat.
Sepanjang perkongsian ceramah tersebut dapatlah dikupas antara intipati ceramah yang disampaikan berkaitan pesanan untuk sekalian mukminin mukminat umat Nabi Muhammad SAW supaya sentiasa berzikir dan beribadat kepada Allah, membaca Alquran dan bagi yang mampu pandanglah Kaabah. Selain itu, Saudara Samsul Debat juga turut menyampaikan amanat terakhir Rasulullah di saat hujung riwayatnya iaitu supaya umatnya menunaikan solat, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat serta menunaikan haji jika berkemampuan. Kesimpulan yang kita dapat dengar dan fahami bahawa Baginda Rasulullah sangat menyayangi ummat kita manusia di mana saat hujung nyawa Baginda tetap risaukan ummat kita manusia dan menyebut ‘Ummati’ sehingga akhir riwayat Baginda.Seharusnya kita sebagai Ummat Nabi Muhammad memupuk rasa cinta dan kasih pada Baginda Rasulullah sebagaimana Baginda menyayangi ummat kita manusia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: