Jom Belajar MS Excel Bersama PEDi
23 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada Isnin, 22 November 2021 – Pusat Internet Komuniti atau nama baru yang telah di transformasi kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Batu Gajah telah bekerjasama bersama PEDi Karangan,PEDi Repek dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard untuk pembelajaran ICT. Program ini diadakan secara dalam talian kerana keadaan semasa di mana kita masih lagi berdepan dengan situasi pendemik Covid19, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Sepanjang perkongsian ilmu ICT,PEDi Karangan telah menunjukkan cara-cara menggunakan Microsoft Excel seperti cara-cara membuat list pilihan,menukarkan kata nama pada data dengan menggunakan formula,memasukkan no kosong pada no telefon,mengira jumlah data tanpa perlu mengira satu persatu dan lain-lain lagi.Dengan menggunakan Microsoft Excel juga pengguna boleh menjimatkan masa dalam mengisi data serta lebih senang dengan hanya menggunakan formula pada Excel.PEDi Karangan juga menunjukkan cara-cara membuat graf berdasarkan data yang ada dengan pelbagai pilihan graf mengikut kesesuaian dan pilihan pengguna.Perkongsian ilmu ICT kali ini,membantu pengguna dan masyarakat dalam pengisian kerja atau turut bermanfaat kepada peniaga untuk mengemaskini data keluar masuk perniagaan usahawan secara sistematik.
Justeru itu pihak PEDi Batu Gajah berharap perkongsian ilmu ICT pada kali ini dapat memberi ilmu bermanfaat kepada Komuniti setempat agar sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: