Jemputan Ke Majlis Ramah Mesra Yb. Dato’ Sri Mustapa Mohamed – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Bersama Ketua Dan Penolong Pusat Internet Malaysia
21 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mac 2021, satu program ramah mesra bersama YB.Dato’ Sri Mustapha Mohamed menteri di jabatan perdana menteri (Ekonomi) bersama ketua dan pen.pengurus Pusat Internet Malaysia telah dijalankan di RNR Jeli dan Cik Hanani mewakili PIK Batu Gajah selaku Pengurus PIK Batu Gajah.. Program tersebut melibatkan semua PIK(Pusat Internet Komuniti) ,PID(Pusat Internet Desa) dan ECER di kawasan Jeli. Program ramah mesra tersebut bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pihak PIK dan pihak PID untuk di bantu terutama masalah usahawan setempat agar mereka mampu membina tapak dalam perniagaan mereka kearah yang berdaya saing terutama melibatkan pasaran atas talian. Sepanjang program tersebut pihak PIK,PID dan ECER diminta untuk berganding bahu menyelesaikan masalah bersama agar mencapai matlamat yang satu. Sepanjang program tersebut juga wakil dari PIK dan usahawan diberi peluang untuk mengutarakan segala masalah dan apa yang mereka perlu agar memudahkan pihak berwajib menyalurkan bantuan dan sokongan.Sesungguhnya,YB.Dato’ Sri Mustapha Mohamed amat prihatin kepada masyarakat Jeli dalam usaha memberi yang terbaik dan menjadiakan masyarakat Jeli sebagai masyarakat contoh yang banyak melahirkan usahawan berintelektual dengan di bantu pihak PIK,PID dan ECER setempat.Akhir pertemuan,pihak PIK dan PID diminta untuk menyenaraikan maklumat asas yang telah dilakukan dan memberi cadangan untuk menambah baik lagi PIK dan PID agar komuniti setempat mendapat yang terbaik dari masa ke masa yang mana akan dibincangkan lagi untuk pertemuan akan datang.PIK juga sangat mengalu-alukan komuniti yang berminat untuk mendapatkan panduan dan ingin menggunakan fasiliti PIK sebagai tempat untuk memulakan perniagaan secara online atau untuk tujuan pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: