KDB-Risiko Permainan Dalam Talian
21 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 September 2021, PIK Batu Gajah telah menyertai satu Live Bersama PIK Repek Kerjasama PIK Lawang dan PIK Karangan dalam satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak dengan topik ‘Risiko Permainan Dalam Talian’ ekoran penggunaan gajet atau telefon pada masa kini adalah satu keperluan tidak kira peringkat umur.Dalam perkongsian tersebut pihak Pik lebih banyak berkongsi kesan negatif dalam penggunaan telefon sekiranya tidak dipantau atau dibendung dari peringkat awal lagi.Antara kesan negatif sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal masalah dari segi waktu tidur yang tidak cukup atau teruk.Selain itu,ia juga boleh menyebabkan masalah system saraf dan masalah perkembangan otak anak-anak sekaligus menyebabkan penurunan prestasi pembelajaran.Pembaziran wang ringgit juga menjadi salah satu kesan negatif apabila pengguna membuat belian hadiah dari laman game untuk meneruskan permainan selain ada sesetengah pengguna yang sanggup menghabiskan beribu-ribu untuk kelengkapan permainan seperti pc game,kerusi game dan sebagainya.Ketagihan bermain dalam talian juga boleh menyebabkan masalah keretakan rumah tangga kerana pasangan mengabaikan tanggungjawab kerana leka bermain game selain boleh juga menimbulkan masalah kecurangan rumah tangga akibat bertemu ‘crush’ dalam ‘online game’.Namun,sekiranya kita bijak menggunakan kepakaran kita dalam permainan dalam talian,kita mampu menjana pendapatan yang lumayan.Oleh itu,pihak PIK menekankan bahawa semua pihak haruslah memainkan peranan dalam perkembangan teknologi masa kini agar ia memberi manfaat kepada pengguna dan bukan sebaliknya.Jadi,kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dan pengguna yang bermotivasi dalam apa jua perkembangan teknologi masa kini.
Pihak PIK Batu Gajah sangat berharap para komuniti setempat untuk mempelajari ilmu ICT secara bijak dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini pihak PIK Batu Gajah di Facebook PIK Batu Gajah agar ilmu-ilmu ICT dan lain-lain maklumat yang disampaikan dapat diketahui komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: