Kursus Asas Keusahawanan Risda & INSKEN
19 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti Batu Gajah telah menyertai Kursus Asas Keusahawanan dengan pihak Risda dan INSKEN. Kursus Asas Keusahawanan ini bagi usahawan yang berada di bawah bimbingan Risda. Kursus telah diadakan secara maya menggunakan Google meet dan berlangsung selama 2 hari bermula pada 18-19 Ogos 2021. Seramai 34 usahawan telah menyertai sesi kursus yang dijalankan. Usahawan ini datang dari pelbagai bidang seperti pertanian, penternakan, percetakan, perkhidmatan jurugambar dan lain-lain. Kursus telah dikendalikan oleh En.Zamir dan En. Zamri dari INSKEN. Kursus Asas keusahawanan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan sebagai persediaan dalam menghadapi situasi perniagaan masing-masing, membuat rancangan perniagaan oleh usahawan melalui dokumentasi yang sistematik dan dinilai sebelum mendapatkan pembiayaan atau geran bantuan daripada mana-mana penyedia kewangan, memberi peluang kepada usahawan untuk terpilih menjalankan perniagaan secara lebih fokus dan terpimpin ke peringkat yang lebih baik. Antara pengisian program adalah sesi tunjuk ajar tentang Business Model Canvas (BMC), asas pengurusan operasi perniagaan, asas jualan dan pemasaran, teknik pengurusan kewangan, panduan penyediaan rancangan perniagaan, perundangan perniagaan, dan ujian personaliti usahawan. Selain itu, pelbagai isu-isu lain berkaitan perkembangan usahawan semasa turut dkongsikan bersama perserta. Hal ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada para usahawan berkaitan peluang yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan pendapatan. Diharapkan agar kursus ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada golongan usahawan bagi membantu untuk meningkatkan taraf ekonomi dengan aktiviti keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: