Toturial Fb As(Google Meet)
20 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mac 2021, PIK Batu Gajah telah membuat satu perkongsian ringkas toturial membuat FB Ads dijalankan melalui Google Meet yang dikendalikan oleh Pengurus PIk Batu Gajah Cik Hanani selama dua jam dari pukul 2.45 petang hingga 4.45petang. Dalam perkongsian toturial tersebut Pengurus PIK Batu Gajah memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara-cara membuat FB Ads bagi usahwan yang baru memulakan perniagaan dalam talian dan cuba untuk meluaskan lagi pasaran mengggunakan FB Ads. Perkongsian bersama usahawan PIK dijalankan dalam Google Meet bagi memudahkan urusan usahawan yang sibuk dengan perniagaan dan tidak berkesempatan untuk belajar secara terus dengan pihak PIK. Cara ini juga seiring dengan perkembangan teknologi pada masa sekarang. Sepanjang perkongsian usahawan di dedahkan langkah dari awal hingga akhir serta bagaimana menguruskan akaun Fb Ads agar iklan sentiasa berjalan dan mendapat sambutan orang ramai melalui platform FB. Selain itu usahawan juga diajar bagaimana menjadikan iklan tersebut mudah dilihat dan senang dicari. Dapat dilihat usahawan tersebut begitu teruja untuk menambah pendapatan sampingan dengan FB Ads dengan lebih meluas dan cepat. Diharapkan agar perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat kepada para komuniti untuk meningkatkan ekonomi melalui perniagaan online selaras dengan perkembangan internet semasa. PIK juga sangat mengalu-alukan komuniti yang berminat untuk mendapatkan panduan dan ingin menggunakan fasiliti PIK sebagai tempat untuk memulakan perniagaan secara online atau untuk tujuan pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: