Sesi Perbincangan Pembangunan Super Apps- Nego & Ngaji d’Jeli bersama YB Dato Sri Mustapa Mohamed, Microsoft dan staf PIK di Jeli
19 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2021, Jumaat yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang dengan kerjasama Kumpulan Pembangunan Microsoft dan juga Pejabat Korporat YB Dato Sri Mustapa telah mengadakan Sesi Perbincangan Pembangunan Microsoft untuk membangunkan “Super Apps – Nego & Ngaji” sebagai langkah permulaan untuk program trabsformasi ekonomi Digital @Jeli. Sesi perbincangan ini telah berlansung selama satu (1) jam yang bermula pada pukul 0.00 pagi hingga 11.00 pagi secara atas talian menggunakan “Google Teams”. Program ini adalah lanjutan daripada pertemuan yang telah diadakan bersama YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed pada bulan Mei yang lalu.
Tujuan perbicangan kali ini adalah untuk menunjukkan dan memaklumkan kepada staf PIK perkembangan Aplikasi Nego dan juga Ngaji yang telah dibangunkan oleh pihak Microsoft. Program ini akan dimulakan selewat-lewatnya dua (2) minggu dari sekarang dengan melantik PIK Ayer Lanas sebagai projek pilot. Dalam masa dua minggu yang berbaki ini pihak Microsoft akan melengkapkan data-data dan maklumat perlu ke dalam konten aplikasi Nego dan Ngaji seperti yang telah disebutkan. Dalam perbincangan hari ini, Cik Farzana mewakili kumpulan Microsoft telah menerangkan kepada kami berkenaan aplikasi yang telah dibangunkan ini.
Staf-staf PIK di bawah Parlimen Jeli akan dijemput sekali lagi bagi menyertai kursus secara teknikal bagaimana untuk memulakan dan menggunakan aplikasi “Nego & Ngaji” di Jeli ini. Para usahawan juga akan dibantu oleh pihak Microsoft untuk mereka mula memuat naik produk mereka ke dalam aplikasi Nego tersebut. Dalam pada masa yang sama, YB Dato Sri Mustapa juga turut menwar-warkan pelancaran Kelas e-Tuisyen Bahasa Inggeris bagi warga Jeli yang telah dirasmikan oleh beliau pada pagi ini. Segala data-data pelajar, guru dan juga konten yang igunakan di dalam e-Tuisyen akan diambil oleh pihak Micosoft bagi tujuan pangkalan data permulaan.
Super Apps Jeli merupakan kawasan Parlimen pertama mempunyai Super Apps sendiri dengan kerjasama Microsoft. Ini merupakan inisiatif dan usaha Dato' Pa untuk membangunkan digital di Jeli. Bukan satu kerja mudah untuk syarikat besar seperti Microsoft untuk bekerjasama dengan kita. Oleh itu, diharap program pembangunan transformasi ini dapat direalisasikan dengan jayanya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: