Kesan Penggodaman Komputer
21 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2021, Pusat Internet Komuniti Batu Gajah dengan kerjasama PIK Manek Urai telah mengadakan sesi live Risiko Penggodaman Komputer. Secara umumnya, Penggodam dalam konteks jenayah komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya untuk mengawal sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci. Dalam sesi ini, PIK telah membincangkan beberapa isu penting dalam kegiatan Penggodaman seperti tujuan, kaedah dan kesan yang berlaku. Kegiatan Pengodaman ini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk aplikasi digital seperti di Facebook, Instagram, akaun perbankan digital dan sebagainya. Selain itu, ia juga boleh berlaku dalam skala besar seperti laman web negara yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat atau membuat ugutan tertentu. PIK juga turut menunjukkan beberapa contoh jenayah Penggodaman yang pernah berlaku dalam negara dan membincangkan kesannya bagi meningkatkan kesedaran komuniti terhadap ancaman Penggodam. Diakhir sesi ini, diharapkan agar perkongsian ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran komuniti berkaitan risiko jenayah godam kepada semua pengguna internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: