Klik Dengan Bijak-Kehendak VS Keperluan
21 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 20 November 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK) Batu Gajah telah bekerjasama bersama PIK Karangan,PIK Repek dan PIK Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard untuk Segmen Klik Dengan Bijak dengan topik ‘Kehendak Vs Keperluan’.Program ini diadakan secara dalam talian kerana keadaan semasa di mana kita masih lagi berdepan dengan situasi pendemik Covid19, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian..Umum mengetahui bahawa dunia sekarang adalah dunia viral di mana setiap perkongsian di media sosial akan sentiasa mendapat perhatian pengguna internet dan akan cepat tersebar sesuatu berita sama ada berita itu benar atau salah.Sepanjang perkongsian pihak PIK banyak menekankan kebaikan dan keburukkan sesuatu perkongsian dengan meneliti sesuatu perkongsian tersebut adalah suatu keperluan atau suatu kehendak semata-mata untuk mendapat ‘Like’ dan ‘Share’ tanpa mengkaji terlebih dahulu kesahihannya.Pihak PIK juga menekankan akibat sekiranya individu berkongsi dengan viral kan yang tidak sahih kepada umum boleh menyebabkan berlakunya perbalahan alam maya,tersebarnya fitnah,menyinggung perasaan mangsa atau keluarga mangsa dan sebagainya.Tetapi sekiranya,berkongsi dengan viral kan kebaikkan seseorang,kejayaan seseorang atau perhargaan jasa ibu bapa ia mampu memberi banyak pengajaran yang baik kepada umum.
Justeru itu pihak PIK menekankan pengguna haruslah bijak melayari internet dan tidak perlu lah berlumba untuk menjadi ‘Hero Viral’ tetapi jadilah warga digital yang bertanggungjawab. Peganglah Slogan ‘Tak Pasti Jangan Kongsi’. Pihak PIK Batu Gajah berharap Komuniti setempat menjadi pengguna digital yang bertanggungjawab dan berdisiplin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: