Tutorial Promosi Produk Guna Apps XRecorder
13 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan satu perkongsian tutorial promosi produk menggunakan applikasi XRecorder hanya menggunakan telefon.Perkongsian tersebut dikelolakan oleh Pengurus PIK Batu Gajah.Cik Hanani.Dalam perkongsian tersebut,pihak PIK Batu Gajah menunjukkan bagaimana menggunakan applikasi XRecorder melalui telefon sebagai salah satu cara peniaga atau usahawan masa kini mempromosikan produk mereka agar lebih menarik.Selain itu,kaedah ini juga menampakan kelainan usahawan dalam pemasaran produk agar lebih jelas pengiklanannya.Kaedah ini juga adalah salah satu cara melatih para usahawan untuk tampil yakin dalam mempromosikan produk mereka secara lansung di FB Live.Instagram,Tik tok Live dan sebagainya.Hal ini kerana,applikasi ini seakan video live dan boleh dipadamkan video yang tidak berapa elok sebelum para usahawan memuat naik ke laman-laman online seperti FB,Instagram,Youtube dan sebagainya.Pihak PIK menekankan aspek keyakinan dalam para usahawan membuat promosi secara lansung,dan melaui applkasi tersebut dapat membantu para usahawan yang baru bermula melatih petah bercakap dengan dibantu slide yang disediakan dalam applikasi tersebut agar para usahawan tidak kering idea sewaktu promosikan produk mereka.Dari latihan seperti ini,mampu mendidik minda para usahwan agar sentiasa mencari idea sewaktu bercakap atau sewaktu membuat promosi.Pihak PIK Batu Gajah sangat menyokong minat Komuniti setempat sebagai usahawan desa yang berintelektual dan berintigriti.
Pihak PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: