Klik Dengan Bijak : Maklumat Palsu
17 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai 2021, PIK Batu Gajah telah menyertai satu sesi perkongsian ringkas berkaitan Klik Dengan Bijak dengan tajuk “Maklumat Palsu” yang dikelolakan oleh PIK Kg Karangan,Cik Aishah.Perkongsian ringkas tersebut turut disertai oleh PIK Lawang dan PIK Repek.Dalam perkongsian tersebut pihak PIK banyak mengaitkan maklumat palsu dengan isu semasa seperti maklumat palsu berkaitan Vaksin yang hangat diperkatakan masa kini. Umum mengetahui,kerajaan sangat menitikberatkan kempen vaksinansi kepada semua masyarakat dalam membendung penularan wabak Covid 19 terus merebak dan menyekat pertambahan varian.Namun,terdapatnya maklumat palsu berkaitan kebaikan Vaksin menyebabkan ada segelintir masyarakat mengelak dari di vaksinasi.Selain itu,pihak PIK juga mengetengahkan isu penyebaran malumat palsu boleh menyebabkan beberapa kesan negative kepada individu dan masayarakat,antranya tekanan perasaan,penurunan kualiti kerja,kerugian wang ringgit dan sebagainya.Oleh itu,pihak PIK sangat menekankan kepada masyarakat agar menyemak terlebih dahulu berita yang ingin dikongsikan agar kesahihan sesuatu maklumat adalah tepat.Masyarakat boleh menyemak maklumat tersebut tepat ataupun tidak di portal yang disediakan pihak kerajaan seperti sebenarnya.my.Hal ini kerana berita yang bermanfaat akan memberi impak yang positif dalam kalangan masyarakat yang gemar membaca dan masyarakat yang berlumba-lumba menjadi wartawan nombor satu yang tidak berbayar.Sebelum berakhir perkongsian pihak PIK memberi nasihat kepada masyarakat agar menjadi pengguna internet yang bijak dengan Klik Dengan Bijak sesuatu pautan.
Pihak PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: