Live Toturial Edit Gambar Power Point Vs Apps
18 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mei 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan sesi live bersama PIK Lawang,PIK Karangan dan PIK Repek melalui Stream Yard Live. Sesi live ini dikelolakan oleh Pengurus PIK Batu Gajah Cik Hanani selama 1 jam. Perkongsian tersebut membawa kan sedikit kelainan di mana perkongsian tersebut turut dikongsikan dengan PIK lain. Sepanjang sesi live dijalankan, Pengurus PIK telah menunjukkan cara-cara bagaimana mengedit gambar menggunakan Microsoft Power Point tetapi hasilnya hampir sama dengan apps yang lebih canggih masa kini. Manakala, dalam live tersebut juga telah diajarkan bagaimana mengedit gambar menggunakan apps terkini di mana dikelolakan oleh Pengurus PIK Repek Siti Norbaya.Dalam perkongsian tersebut Pengurus PIK Repek menggunakan 2 applikasi mudah iaitu applikasi ‘Remove BG’ dan applikasi ‘Canva’ untuk mengedit gambar agar Nampak menarik. Sepanjang perkongsian ilmu tersebut, dapat dilihat keterujaan staf PIK untuk berkongsi ilmu dengan komuniti agar sentiasa kreatif dan berdaya saing dalam dunia ICT. Matlamat Pengurus PIK Batu Gajah dalam berkongsi kepelbagaian kegunaan atau fungsi Power Point adalah semoga komuniti sentiasa bijak dalam menggunakan ICT yang mana bukan sahaja memberi ilmu tetapi mampu menjana pendapatan dengan hanya membuat tutorial seumpama ini.Semoga perkongsian tersebut dapat memberikan ilmu baru kepada penonton berkaitan ICT yang mana ilmu asas ICT tersebut sangat berguna dan perlu juga seiring dengan perkembangan teknologi sekarang. Di akhir sesi tersebut, PIK Batu Gajah berharap perkongsian ini dapat memberikan pembelajaran baru kepada komuniti setempat agar sama-sama celik ICT dari masa ke masa. Pihak PIK juga sangat mengalu-alukan komuniti yang berminat untuk mendapatkan panduan dan ingin menggunakan fasiliti PIK sebagai tempat untuk menimba ilmu ICT dan sebagai tempat memulakan perniagaan secara online. Diharapkan agar perkongsian lebih ramai komuniti menyedari kebaikan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: