Kelas Asas Shoppe Bersama PIK Lawang
18 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 September 2021, PIK Batu Gajah telah menyertai satu kelas asas Shoppee yang dikelolakan oleh Pihak PIK Lawang iaitu Pn.Ainun Rahmah.Penyertaan untuk kelas asas Shoppee adalah terhad kepada 3 orang peserta sahaja dengan pengamalan SOP yang ketat.Sepanjang kelas berlansung para peserta perlu memakai pelitup muka dan sentiasa perlu menjaga jarak antara satu sama lain.Tujuan penyertaan pihak PIK Batu Gajah untuk kelas Asas Shoppe tersebut adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam platform Shoppee yang mana kini menjadi semakin trending.Hal ini juga bagi memudahakan pihak PIK Batu Gajah membantu para usahawan setempat dalam memasarkan produk komuniti dalam atas talian.Sepanjang kelas tersebut,para peserta diajar satu persatu dari awal membuka akaun shoppee hingga membuat permohonan ‘Free shipping’ untuk setiap belian atas RM15.Selain itu juga para peserta juga diajarkan menggunakan applikasi lain seperti ‘Designify’ dimana applikasi tersebut membantu para usahawan atau sesiapa sahaja mengedit gambar dengan cara lebih mudah terutama memudahkan untuk membuang ‘background’ belakang gambar dan boleh memilih latar belakang yang lebih menarik.Applikasi Canva juga menjadi pilihan dalam mengedit gambar untuk dimuat naik ke kedai shoppee terutama pada ‘banner’ mengikut saiz yang ditetapkan shoppee iaitu 2000 x 1000px.Sepanjang kelas berlansung dapat dilihat para peserta begitu teruja apabila diberi peluang untuk mempelajari ilmu sebegini dari Pihak Pusat Internet Komuniti.
Pihak PIK Batu Gajah sangat mengalukan para usahawan setempat untuk mempelajari ilmu ICT dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini pihak PIK Batu Gajah di Facebook PIK Batu Gajah agar ilmu-ilmu ICT dan lain-lain maklumat yang disampaikan dapat diketahui komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: