Kelebihan Kolej Vokasional
19 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2021, PIK Batu Gajah telah menyertai sesi Stream yard Live berkaitan isu Kelebihan Kolej Vokasional. Sesi live ini telah disertai oleh PIK Manek Urai, PIK Chucuh Puteri dan PIK Karangan. Pihak PIK telah menjemput pensyarah Kolej Vokasional Muar iaitu Puan Wan khasalwa binti wan ismail. Dalam sesi ini, pelbagai persoalan berkaitan kolej vokasional telah dibincangkan seperti penerangan secara terperinci berapa bidang yang ada di kolej vokasional, kelayakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke kolej vokasional, peperiksaan yang akan dijalani oleh pelajar sehingga layak mendapat diploma, kerja khusus, latihan ilmiah dan peluang melanjutkan pelajaran selepas tamat diploma di kolej vokasional. Selain itu, persoalan berkaitan peranan Kolej Vokasional untuk membantu pelajar mendapatkan pekerjaan juga turut dibincangkan. Peranan ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang kemahiran yang telah dipelajari. Hal ini berkait rapat dengan peluang kerjaya iaitu peluang pelajar yang mempunyai kelulusan kemahiran untuk menjadi pekerja kemahiran dalam bidang industri seperti kilang dan juga berpeluang untuk menjadi guru kemahiran. Sesi ini juga bertujuan untuk mengubah tanggapan masyarakat, bahawa kolej Vokasional hanya untuk pelajar yang kurang cemerlang sahaja yang memilih bidang kemahiran. Pandangan ini dilihat tidak releven dengan kewujudan kolej vokasional. Hal ini kerana, pelajar di kolej ini tetap menjalani pembelajaran bidang akdemik seperti sekolah biasa, cuma mereka perlu mempelajari subjek tambahan dalam bidang kemahiran masing-masing. Maka, pandangan yang mengatakan kolej ini hanya untuk pelajar yang kurang cemerlang adalah tidak tepat. Diharapkan agar sesi perkongsian ini dapat memberi maklumat tambahan kepada masyarakat berkaitan peluang dan kepentingan kolej vokasional dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan bidang kemahiran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: