Kelas Animasi Bergerak Power Point
17 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 April 2021, Pusat Internet Komuniti Batu Gajah telah mengadakan satu sesi belajar animasi bergerak menggunakan Microsoft power point bersama pelajar Sekolah Rendah Batu Gajah. Kelas ini dikendalikan oleh Pengurus Pusat Internet Komuniti Batu Gajah,Cik Hanani. Tujuan kelas ini adalah bagi memberi penambahan ilmu baru kepada pelajar berkaitan ICT dan sentiasa celik IT bagi mengelakkan ketinggalan dalam perkembangan ICT yang semakin berkembang. Kelas ini berlangsung selama hampir 2 jam di mana staff PIK telah menerangkan cara-cara untuk membuat animasi bergerak hanya menggunakan power point. Kreativiti animasi ini juga hanya menggunakan dari beberapa bentuk dalam mereka cipta objek seperti kenderaan, permandangan dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing sebelum digerakkan menjadi animasi bergerak. Peserta begitu teruja melihat perkongsian yang ringkas tetapi menghiburkan. Perkongsian ini juga boleh dijadikan sebagai satu minat yang mampu memberi pulangan sekiranya di latih dan berada di platform yang tepat. Akhir perkongsian,Pengurus Pusat Internet Komuniti Batu Gajah berharap agar perkongsian ilmu tersebut dapat menambah lagi pengetahuan ICT sekaligus menarik minat komuniti untuk datang ke Pusat Internet Komuniti berdekatan untuk belajar lebih banyak kemudahan yang disediakan di semua Pusat Internet Komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: