Jom Kenali PIK Bersama PIK Karangan
18 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 April 2021, PIK Batu Gajah telah mengadakan sesi live bersama PIK Karangan berkaitan Jom Kenali PIK. Sesi live ini berlangsung hampir 1 jam yang bertujuan untuk meningkatkan promosi PIK kepada komuniti. Dalam sesi ini, staff telah menjelaskan dengan mendalam tentang fungsi, peranan, perkhidmatan dan kerjasama yang telah dijalankan di PIK bagi tujuan membantu komuniti setempat. PIK menyediakan pelbagai kemudahan seperti untuk menggunakan komputer, fotostat, mencetak, liminating, khidmat kurier dan e-kelas kepada pelajar. Selain itu, PIK juga sentiasa aktif membuat kelas ict untuk membantu pelajar menguasai kemahiran ict bagi merapatkan jurang digital dengan pelajar di bandar. Bagi usahawan desa pula, PIK aktif menganjurkan kelas-kelas keusahawan bagi menggalakan usahawan menceburkan diri dalam perniagaan online selaras dengan perkembangan teknologi semasa. PIK juga mengadakan kerjasama erat dengan pihak ECER bagi memudahkan para usahawan desa untuk mendapatkan kursus keusahawanan secara formal dengan lebih mendalam. Seterusnya, PIK juga menjadi tumpuan komuniti untuk mendapatkan khidmat membuat permohonan pelbagai bantuan dari pihak kerajan. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan urusan masa kini perlu dibuat secra online seperti pendaftaran vaksin Covid-19, pendaftaran persekolahan, permohoan Geran Khas Prihatin, Bantuan Prihatin Rakyat dan sebagainya. Di akhir sesi ini, PIK sangat mengalu-alukan kedatangan komuniti ke PIK bagi menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan dengan sebaiknya. Para staff sentiasa bersedia untuk membantu para komuniti yang memerlukan pelbagai khidmat di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: